SEGMEN


INSPIRASI PAGI

Jajaran pagi dengan sajian lagu segar dan baharu untuk menghiburkan pendengar yang terdiri daripada pemandu yang dalam perjalanan ke tempat kerja dan sebagainya. Memulakan siaran dengan bacaan doa serta Rancangan Refleksi dan Motivasi pagi yang akan menaikkan semangat pagi bagi menjalani kehidupan seharian. Info trafik dan petikan akhbar sebagai perkongsian serta adanya SEMBANG CORNER dan Apa nak Tanya, tanyalah? bersama dengan penyampai-penyampai SelangorFM yang pasti akan membuat anda tersenyum sampai tidak sedar anda sebenarnya tersekat dalam kesesakan lalu-lintas! Apa lagi, setkan FREQ 100.9MHZ pada radio kenderaan anda!

 

         

  

PRISMA

Dengarkan pelbagai info untuk keluarga dan wanita dengan rangkaian lagu-lagu 90an dan terkini serta perkongsian semasa menerusi rancangan Aspirasi Negeriku dengan topik yang berlainan setiap hari bersama panel yang arif dengan topiknya. Hari Minggu? Semestinya untuk hari bersantai, dengar dan tonton melalui LIVE FB kami dalam rancangan Sembang Selebriti setiap Sabtu, 12 tengah hari dan anda mungkin berpeluang berinteraksi bersama artis jemputan kami.

 

EKSPRESI

Santai petang dengan rangkaian lagu-lagu 2000an yang popular dan terkini berkonsepkan relaks. Disajikan juga informasi tanpa henti dengan pelbagai rancangan seperti Prespektif Kesihatan dan Hello Selangor. Apabila petang mood kerja sudah menyusut bukan? Dengarkan kembali siaran Ulangan Motivasi bersama Bro Amin Idris terbitan Syahida Salim bagi menaikkan kembali semangat meneruskan kerja anda! Sabtu dan Ahad pula adalah hari anda, maka kami berikan peluang kepada anda untuk menyediakan PLAYLIST Ekspresi kami dengan lagu-lagu pilihan anda. Kamikan sayang anda XOXO!

 

DIMENSI

Kerohanian dengan sajian irama yang tenang serta akan mengimbau kenangan. Lagu-lagu legend sentiasa menghantui sehingga kehari ini. Dengarkan lagu-lagu ini menerusi segmen ini boleh hilang rasa kebosanan anda ketika kesesakan lalu lintas.  Terdapat juga program-program ilmu menerusi Hiwar Islam, Mawaddah dan Tafsir Al-quran terbitan Fairuz Hiraz dan Hazman Othman

 

 

SANTAI

Sesuai dengan nama program ini yang berkonsepkan santai dan relax dan sesuai dengan suasana malam yang inginkan ketenangan dan ingin berehat. Sajian lagu pelbagai genre dengan irama lagu yang berentak melodic akan menemani anda sehingga terlelap. Selamat malam dan terima kasih bersama kami sehingga habis siaran SelangorFM