Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Bersyukur saya ke Hadrat Allah S.W.T kerana Jabatan Penyiaran Negeri Selangor atau lebih dikenali sebagai SELANGORfm telah melangkah jauh dan menjadi saluran utama maklumat dan penerangan di negeri Selangor.  

Sekalung penghargaan dan syabas diucapkan kepada semua warga SELANGORfm yang telah menyumbang idea, tenaga serta memberikan komitmen secara berterusan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Kini SELANGORfm merupakan penyampai sumber maklumat utama kepada masyarakat di Selangor. Selain dari itu, SELANGORfm juga telah berjaya menarik ramai pendengar dalam lingkungan umur 20 - 39 tahun serta pendengar bukan melayu.

Sebagai penyampai maklumat dan penerangan, SELANGORfm telah memperkenalkan beberapa langkah proaktif untuk mencari dan mendapatkan sokongan rakyat secara inovatif dan kreatif untuk terus relevan, disegani dan diterima pakai oleh rakyat.

Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak pengurusan tinggi Jabatan Penyiaran Malaysia dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan selama ini dan semua pendengar dan sahabat setia SELANGORfm, dan semua warga SELANGORfm yang bertungkus lumus dalam menjayakan sasaran.

Berkhidmat Untuk Negara

Mohammad Lukman Kamari
Pengarah Penyiaran Selangor