Projek 12 ini adalah singkatan "Projek Dokumentari Radio 12 Episod". Ianya diaspirasikan daripada himpunan 12 siri dokumentari yang mencakupi aspek kehidupan. Ianya akan disiarkan satu siri setiap bulan bermula bulan Januari hingga bulan Disember. Pengisian penerbitan program ini akan bersifat menarik, kreatif, berkualiti dan berjiwa pop, sesuai untuk menarik perhatian pendengar dikalangan pelbagai masyarakat terutamanya golongan belia.