Jabatan Penyiaran Negeri Selangor atau lebih dikenali sebagai SELANGORfm ialah stesen radio RTM khusus buat penduduk Selangor. Seperti mana kumpulan radio RTM yang lain, SELANGORfm turut berfungsi sebagai media kerajaan dalam memberikan maklumat dan hiburan selain bertindak sebagai jambatan yang mampu merapatkan hubungan pelbagai hala antara agensi kerajaan dan swasta dengan masyarakat umum.

Tidak lagi mahu bersifat konvensional dan berjalan seiring dengan peredaran masa, SELANGORfm yang berfrekuensi melalui gelombang 100.9FM itu kini selesa tampil dengan lebih segar, versatil dan santai. Malah, bagi terus meledakkan kehangatan industri penyiaran tanah air apatah lagi dengan tagline 'Pilihan Tepat' dan 'Bukan Sebarang Stesen', ia juga disesuaikan dengan konsep rancangan yang dikemukakan.