SELANGORFM                                                4PETANG 26.2.2017                                                        BOLA

BOLA SEPAK LIAGA SUPER

Pengendali Selangor, P Maniam berpuas hati dengan corak permainan yang ditunjukkan anak buahnya, selepas berjaya mengaibkan pasukan Kelantan 2-0 pada aksi di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, malam tadi.

Katanya, komitmen yang tinggi serta fokus diberikan setiap pemain menjadi nadi kekuatan skuad The Red Giants untuk mengaibkan Kelantan buat kali ketiga berturut-turut di halaman sendiri.

Beliau turut menyifatkan, kemenangan itu juga adalah satu hadiah daripada pemain dan jurulatih pasukan buat Datuk Subahan Kamal, atas perlantikan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

Pada masa sama katanya, beberapa posisi pemain skuad kendaliannya bakal diubah bagi menghadapi perlawanan seterusnya menentang Kedah di Shah Alam, Rabu depan.

 

 

SELANGORFM                                                4PETANG 26.2.2017                                                        WSBK

KEJUARAAN SUPERBIKE DUNIA (WSBK)

Pelumba kelahiran Banting, Muhammad Zulfahmi Khairuddin meraih empat mata di Phillip Island, Australia.

Dia merupakan pelumba negara tunggal dalam kejuaraan itu melepasi garisan penamat di tempat ke-12.

Bermula di petak ke-13, tidak banyak yang mampu dilakukan Zulfahmi yang beraksi bersama pasukan Orelac Racing pada perlumbaan berkenaan.

Tahun ini dikatakan menjadi penentu terhadap kerjaya bekas pelumba Moto3 negara itu selepas lapan tahun bernaung di bawah program Litar Antarabangsa Sepang (SIC).