SELANGORFM                                                10 PAGI

27.02.2017                                           IPF SELANGOR                                                                                       

Anggota Parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia,       I-P-F Selangor, DIMINTA turun padang mendekati rakyat miskin bandar khususnya daripada kaum itu untuk disalurkan pelbagai bantuan yang disediakan kerajaan Persekutuan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, pembabitan parti komponen Barisan Nasional itu dalam menjejaki golongan berkenaan amat penting kerana mereka lebih memahami keperluan dan masalah yang dihadapi.

Beliau berkata, kerajaan Persekutuan amat prihatin dengan nasib kaum India yang miskin bandar di Selangor dan disebabkan itu, segala cadangan dan pandangan untuk membela golongan berkenaan harus diketengahkan secara berterusan.