SELANGORFM                                                10 PAGI

27.02.2017                                                           KLIA2

Polis mengesahkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Dua, K-L-I-A-2, BEBAS daripada sebarang pencemaran bahan berbahaya dan diisytiharkan sebagai tempat yang SELAMAT.

Ketua Polis Selangor, Datuk Seri Abdul Samah Mat berkata, perkara itu disahkan selepas pihaknya melakukan operasi bersepadu di KLIA2 untuk mengesan sisa radioaktif di lokasi pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam.

Menurut beliau, pihaknya juga tidak menemui sebarang sisa bahan kimia di KLIA2, oleh itu orang ramai tidak perlu bimbang dan gusar untuk berurusan di terminal tersebut kerana kawasan itu selamat.

 

SELANGORFM                                                10 PAGI

27.02.2017                                                             PATI

Seramai 171 pendatang asing tanpa izin, PATI, DITAHAN Jabatan Imigresen Selangor dalam operasi bersepadu di Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan, SEMALAM.

Penolong Pengarah Imigresen Selangor, Jaimin Sumpit berkata, dalam operasi bersepadu selama empat jam itu, seramai 245 warga asing membabitkan Myanmar, Indonesia dan Bangladesh diperiksa.

Menurutnya, semua PATI dibawa ke pejabat Jabatan Imigresen Selangor untuk siasatan lanjut.