SELANGORFM                                                10 PAGI

27.02.2017                                                         PUKAU

Seorang wanita warga China disyaki terlibat dengan kes tipu menggunakan pukau DITAHAN oleh orang ramai dan mengikatnya ke sebatang pokok di pasar pagi Pusat Bandar Puchong, SEMALAM sebelum diserahkan kepada polis.  

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Megat Mohd Aminuddin Megat Alias berkata, ketika kejadian pada 10.30 pagi itu, seorang wanita tempatan berusia 58 tahun terlihat wanita terbabit yang dipercayai pernah menipunya, kira-kira tujuh bulan lepas.

Katanya, wanita yang ditahan itu direman selama empat hari bermula HARI INI dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.