SELANGORFM                                                10 PAGI

27.02.2017                                                           PKNS

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, P-K-N-S MENYASARKAN, 80 peratus daripada projek pembangunan terpilihnya mampu terjual dengan pelancaran dua skim 'Smart Ownership PKNS', SEMALAM.

Pengurus Besar PKNS, Noraida Mohd Yusof berkata, skim yang julung kali dilancar itu menawarkan pelbagai faedah milikan kepada pelanggan yang pertama kali membeli projek perbadanan berkenaan dan manfaat kepada pembeli setia PKNS.

Katanya, orang ramai yang berminat disaran segera membuat pembelian kerana tawaran skim berkenaan hanya dibuka selama enam bulan iaitu sehingga 31 Julai ini.