Jabatan Imigresen Malaysia, J-I-M, MEMPERKENALKAN Pusat Transformasi Komuniti Bergerak, Mobile C-T-C bagi menawarkan perkhidmatan jabatan itu di kawasan luar bandar.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, sebagai permulaan, perkhidmatan yang menggunakan sebuah bas itu tertumpu kepada urusan memproses permohonan dan memperbaharui pasport.

Beliau berkata, Mobile CTC, yang dilancarkan semalam, akan digerakkan ke kawasan yang tidak mempunyai pejabat JIM dan turut menawarkan perkhidmatan kaunter pertanyaan bagi sebarang hal berkaitan jabatan itu.