Jika dahulu nelayan di pesisir pantai Selangor hanya bergantung kepada hasil tangkapan yang tidak menentu menerusi kaedah tradisi iaitu menjaring ikan, kini golongan itu mampu MEMPELBAGAIKAN pendapatan menerusi projek kebun kerang.

Inisiatif hasil cetusan idea Anggota Dewan Undangan Negeri Jeram, Datuk Amiruddin Setro dilihat banyak membantu meningkatkan taraf hidup nelayan di negeri ini dengan tambahan pendapatan dua ribu 500 Ringgit hingga tiga ribu Ringgit sebulan.

Pengerusi Persatuan Nelayan Selangor, Ab Aziz Selamat berkata, nelayan yang terlibat dalam projek kerang tidak pelru mengeluarkan modal besar untuk membelu benih kerang kerana ia boleh didapati di sekitar pesisir pantai.