Kerajaan Persekutuan serius MENINGKATKAN keupayaan rakyat dalam bidang pendidikan khususnya di peringkat awal kanak-kanak apabila dua buah lagi Taman Asuhan Kanak-Kanak, TASKA Permata Jabatan Kemajuan Masyarakat bakal dibuka di Parlimen Sungai Besar.

Ahli Parlimen kawasan itu, Budiman Mohd. Zohdi berkata, buat masa ini, pihaknya masih dalam proses mengenalpasti lokasi serta premis yang sesuai untuk operasi kedua-kedua taska tersebut.

Katanya, dengan adanya taska itu, ia akan memberi manfaat besar kepada rakyat di Parlimen Sungai Besar kerana Taska Permata berupaya meningkatkan potensi pembelajaran awal kanak-kanak.