Aizat Amdan, Heliza Helmi, Mizznina, Irfan Haris dan Hael Husaini, antara selebriti yang akan menyerikan Malam Kemanusiaan, pada majlis penutup Festival Konvokesyen 2017, CONVEST17 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, U-I-A-M, Gombak, MALAM INI.

Penolong Pengurus Eksekutif CONVEST17, Nurul Nabihah berkata, malam amal yang dianjurkan UIAM dan NAMA Foundation bersempena konvokesyen ke-33 UIAM bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap isu penindasan ke atas etnik Rohingya.

Katanya, kesemua kutipan dana melalui tabung amal dan penjualan tiket malam amal kemanusiaan itu akan salurkan kepada sekolah Rohingya terpilih di negara ini.