Kira-kira 30 nelayan sungai di Jeti Nelayan Kampung Medan, Sabak Bernam MERAYU pihak berwajib membaik pulih jeti.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Parit 16 Binjal Patah, Salim Lin mendakwa, jeti yang daif sejak lima tahun lalu itu menyukarkan nelayan untuk menambat bot dan mendaratkan ikan.

Beliau berkata, pihak berwajib seharusnya memandang serius terhadap perkara itu kerana terdapat pertambahan nelayan sungai di kawasan itu.