Lebih ramai pegawai perubatan dan anggota kumpulan sokongan akan DITEMPATKAN di Klinik Satu Malaysia secara berperingkat di seluruh negara.

TImbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, kementerian telah menempatkan beberapa pegawai perubatan termasuk Penolong Pegawai Farmasi secara tetap di 102 Klinik Satu Malaysia sehingga 30September lalu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Wong Long Biu (DAP-Sarikei) semasa sesi soal jawab dalam sidang Dewan Rakyat, HARI INI.