Lebih 200 pasukan pelajar dari sekitar Lembah Klang telah MENYERTAI World of Robotics 2017 National Championship yang bermula Sabtu lalu sehingga HARI INI.

Pertandingan anjuran World of Robotics Sdn. Bhd. yang berlangsung di Asia Pacific University of Technology and Innovation, Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil itu diadakan buat kali kedua bagi mencabar kreativiti generasi muda.

Menurut Pengarah Program World of Robotics, Michelle Choo, sebanyak 40 pasukan telah mara ke peringkat separuh akhir dan dalam setiap empat kategori yang dipertandingkan, sebanyak lima kumpulan akan dipilh untuk bertanding ke peringkat akhir.