Kawasan taman permainan Seksyen 24A, Shah Alam yang tidak dipagar sepenuhnya menjadi KELUHAN penduduk yang mendiami kawasan tersebut.

Naib Pengerusi Persatuan Penduduk Seksyen 24A Shah Alam, Abd Hamid Hamzah berkata, pihaknya membangkitkan isu itu selepas berlaku banyak kes jenayah terutama pada waktu malam.

Katanya, kawasan perumahan itu memang berpagar, tetapi orang ramau yang memasuki taman boleh keluar masuk ke kawasan itu dengan begitu mudah tanpa pengawasan.