Polis giat MENGESAN suspek yang terlibat dalam samun tujuh dulang barang kemas bernilai kira-kira 1.2-juta Ringgit di sebuah kedai emas di sebuah pusat beli belah di Seksyen 14, Shah Alam, Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, setakat ini, tiada tangkapan dibuat dan siasatan menyeluruh sedang dijalankan.

Katanya, siasatan juga termasuk mengesan sama ada kesemua suspek masuk berada di dalam negara atau tidak.